Sunday, April 04, 2004

Assalamualaikum,

Semingguan pantas benar, serasa seperti seharian sahaja. Atau empunya diri yang asyik bercanggung nada, lalu larian masa jadi tidak apa-apa? Tidak! Memang masa pada mutakhir yang deras, tanda-tanda dunia di akhir usia, bukan?

Sudah semingguan di tanah utara, panas terik mentari siang sudah jadi teman yang menyenangkan. Memang itulah adat manusia, berkelana jauh ke hujung dunia, akhirnya tanah bermain juga masih tegar memenuhi jiwa, bukan? Ya, tanah utara ini memang serasi dengan jiwa aku!

Sudah semingguan? Semingguan yang senang-senang. Ramai teman yang kala bersembang-maya mem"bakar-bakar";

"alah, pulang jadi anak manja opah lah tu.."

Aku hanya mampu senyum kelat!

Tidak banyak yang aku buat, selain menghabiskan usia siang dengan bersenang-senang sendirian di rumah. Keluar? Panas terik dengan bebola merah di atas kepala, menjadikan aku fikir banyak kali. Sungguh! Ini bukan sebuah omongan, tau. Panas sangat siang, cecah 35 darjah lebih mungkin. [atau, aku yang sudah jadi putera ais? aku rasa aku masih seperti dulu! ] Sudahnya? Bermesra dengan buku, sambil menanti panggilan suara bilal. Ah! Senangnya hidup seorang penanam anggur, kan?

Bertukar-tukar antara Memoar Hassan al-Banna, Dewan Budaya, dan Dewan Sastera [Dewan Budaya dan Dewan Sastera tu aku borong kala aku melawat tidak rasmi ke DBP, majalah 2 bulan lepas banyak dilelong dengan harga satu riyal cuma! ]

Kalau Khatib sudah jadi Edisi Siasat?

Tiada yang menarik dengan khutbah Jumaat yang pertama di tanah utara, itu sebuah kesimpulan ringkas!

Isi khutbah, tidak lebih sebuah data-data maklumat tentang salah laku masyarakat;

"kes pecah rumah xxxx kes, merogol xxxx kes, membunuh xxxx kes..."

Eh! Sejak bila khatib bertukar profesion? Sedang ayat-ayat Allah sekadar dua atau tiga kali disebutkan? [atau, aku yang tertidur? ] Emmmmmmm.......

Aku ternanti-nantikan juga, kalau-kalau kisah Syeikh Ahmad Yassin dibangkitkan di atas mimbar khutbah, mudahan lepas ini lah kot. Fikir dengan positif!

JI yang di"JE"kan?

Hujung minggu lalu, 4 wakil pimpinan JI [Jemaah Islam] telah diwawancara secara langsung tanpa potong-potong oleh TV3 [ untuk lebih sedap, manis; "pimpinan JI yang sudah dipulihkan" !] Lama agenda perbincangannya, menarik isinya, tajam dan bernas buah-buahnya.

Kesimpulan aku; dengan US sebagai kepala, dan negara-negara lain, hatta negara Islam Malaysia membontot di belakang kita sedang mengagendakan untuk memenjarakan Islam.

Bagaimana, bagaimana, bagaimana kalau begini?

US bertindak adil ke atas dunia seluruhnya? Tidak ada serangan keganasan ke atas Palestin, Iraq dan Afgan. US tidak berteriak dengan suara; "kamu cuma ada dua, bersama kami, atau bersama terror!"

Dan, aku rasa dunia akan aman, tiada peperangan, tiada pergolakan. Tiada dendam kesumat yang lalu pada akhirnya memercikan darah merah hanyir dari mangsa yang tidak berdosa. Dan, dunia memang pun pernah aman, pada awal-awal 600Masihi, selama hampir 1000 tahun. Ya, keamanan ketika hanya datang ketika Islam memerintah dunia. Oh, maafkan aku; Islam mentadbir dunia. Tukarkan perintah dengan tadbir, ya!

Mencipta mimpi semalam.


ILHAM HAMDANI at 4.4.04

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.