Tuesday, December 14, 2004

Assalamualaikum,

Oh, aku kembali menjadi gila! Selepas bersorak hilai menyertai kemenangan Malaysia 2-1 ke atas skuad Gajah Putih, aku sedikit sasau dan racau. Baring-baring dengan mata menari di atas tulisan majalah sedang otak sasau dan racau. Gila! Mencapai segugus kunci dan aku datang menemuinya, cyber cafe. Kembali gila, gila menulis!

Mungkin, aku menemui kembali kegilaan lama ... berbicara di atas BandarSepi.

Tinggalkan episod gila!

Seharian memerah keringat dan semangat di kilang memang agak memenatkan, tetapi aku puas. Entahlah, aku sendiri tak punyai jawapan; kenapa dan mengapa.

Betapa teman-teman operator ramai juga yang bertanya [ ah, di bawah kendalian aku ramainya cewek-cewek, menduga dan diduga dong! ]

"Kenapa Cik Din [ ya, rata-rata mereka memanggil aku sebegitu ] kerja di kilang nih? Cari lah kerja lain yang lebih santai. Kilang nih panas, penat, operator pulak masing-masing dengan feel yang gila-gila.."

Kenapa ya? Tetapi aku puas di situ, sekurang-kurangnya seketika yang ini. Kedepan? Hanya dalam genggaman Tuhan!

Mencabar, itulah satu perkataan untuk menyimpulkan kehidupan aku sebagai warga kilang. Tetapi, sekali lagi. Aku puas!

Secubit dari tulisan B.S Lim dalam bukunya "Berani Gagal" [ diterjemah dari tulisan asal, "Dare To Fail" ]

"Keperitan dan peperangan besar lah yang melahirkan pemimpin-pemimpin agung"


Nah! Aku cukup positif menerima cabaran dalam dunia perkilangan. Dan aku berdoa agar aku terus kuat untuk mendepani cabaran...

Dedikasi : Terima kasih untuk seorang teman yang menghadiahi aku "Berani Gagal". Satu tulisan yang benar-benar mencerna kekuatan baru. Arigatou!





ILHAM HAMDANI at 14.12.04

Monday, December 13, 2004

Assalamualaikum,

KeranaNya aku terdampar lagi di dada BandarSepi setelah sekian lama tenggelam dalam kesepian. Aku pun tidak pasti sejauh mana aku akan terus menulis. Tetapi percayalah, impian harapan cita-cita untuk terus mengertis di atas papan kekunci, tetap hidup dan tidak akan sepi.

Terima kasih untuk yang terus menyokong dan menanti DatukBandar kembali bersuara. Terima kasih!

6 bulan bukanlah senggang yang terlalu lama, sekelip mata! Itulah yang aku temui dalam 6 bulan. 6 bulan yang dulu, kala tulisan terakhir [ dibelek-belek kembali, oh..11 April, ulangtahun ke25 ] dihadiahkan untuk kalian, aku masih seorang pelajar, oh seorang pelajar tajaan kerajaan Malaysia di Jepun, itu yang betulnya! 6 bulan yang kini, aku menjadi sebahagian tenaga industri di perdaerahan utara. Pelajar? Ah! Sampai ke tua aku adalah pelajar. "tuntut ilmu minnal mahdi illal luhdi.."

6 bulan bukanlah senggang yang terlalu lama, tetapi 1001 peristiwa yang berantai-rantai antaranya. Manis, pahit, indah, kecewa; lalu semuanya menjadi jambatan untuk aku sampai ke pulau yang lebih dewasa, mudahan...

Cukuplah, cukuplah. Anggaplah tulisan kali ini sebagai pemanas badan, anggaplah catatan kali ini sebagai manifestasi kecintaan aku yang unggul kepada penulisan, alias ilmu. Dan, doakan agar aku akan kembali dalam dunia penulisan ini.

Salam pertemuan kedua!





ILHAM HAMDANI at 13.12.04

Di tengah orang tua, dia-lah pemuda.
Dan,di tengah pemuda dia-lah ketua.
Bermazhab pada adil dan jujur,
berkitab pada sirah dan siasah.

IPIJepun mempersilakan anda semua ke program usrah-maya mingguan melalui YM kami,dan maklumat adalah seperti berikut;
i) JUMAAT,MALAM SABTU 8 MALAM
ii) SABTU,MALAM AHAD 9:30 MALAM
iii)PAGI SABTU 9:00 PAGI,KULIAH TAFSIR
iv) AHAD, MALAM ISNIN 8 MALAM

*mengikut waktu Malaysia.

Anda boleh pm kepada
addeen57,
shahreza03,
aznanhamat,
adiemad,
liya51

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Janganlah kamu menghitung tarikh dari awal kebangkitan Nabi s.a.w dan hari kewafatan Nabi s.a.w. Janganlah kamu memulakan hitungan kecuali dari hari baginda tiba di Kota Madinah.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Israel hadapi kecaman baru di ICJ

THE HAGUE 24 Feb. - Israel hari ini menghadapi kecaman terbaru di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dari negara-negara yang menyokong tindakan Palestin mencabar langkah Israel membina benteng keselamatan di Tebing Barat.

ICJ bersidang selama tiga hari mulai semalam bagi memutuskan kewajaran pembinaan tembok keselamatan yang didakwa oleh negara Yahudi tersebut sebagai usaha untuk menghalang kemasukan pejuang Palestin ke wilayah mereka.

Bagaimanapun, Palestin mendakwa langkah itu merupakan taktik kotor Israel untuk menguasai kawasan Palestin kerana Tebing Barat merupakan wilayah Palestin.

Antara negara yang akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu ialah Jordan, negara yang paling tegas menentang pembinaan benteng keselamatan berkenaan.

Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Cuba merupakan negara yang paling kuat menyokong tindakan Palestin membawa kes itu ke ICJ.

PENANTIAN
[tulisan ini aku dedikasikan untuk seluruh pejuang]

Lahir di tengah kemelut yang berselut,
Lahir di tengah lumpur yang berlumur,
Kota Ismaliah 1906,
Tangisan bayi senyuman harapan ummah.

4 muka lewat la'natullah Mustafa makan khalifah,
Dia hidangkan wahdatul-ummah,
Bersatu dengan aqidah,
Berderap dengan mujahadah,
Berentap dengan sabilillah.

Dari desa-desa ke kota-kota,
Allah-lah matlamat kami,
Dari gurun padang ke gelanggang,
Rasulullah pimpinan kami,
Dari kota pasir Sinai, Alex Aswan,
Al-Quran perlembagaan tertinggi kami,
Dari denai-denai zahmah Kaherah,
Jihad jalan kami,
Dan,
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami.

Darah sudah jadi murah,
Mati sudah jadi sebati,
Penjara sudah jadi biara,
Dakwah sudah jadi lumrah,
Islam sudah jadi iltizam.

Menang,
Dan memang menang,
Cuma bila dan siapa?
Di sini, atau di sana.