Assalamualaikum,
Menjelang jam 12 semalam, masuk satu esemes. Duduk tidak lama selepas jam 12 terjejak, satu panggilan telefon dengan nombor kepala 019, siapa? Adinda dari bumi sakura, terkejut aku!
Dua-duanya; esemes dan panggilan telefon datang dengan tujuan yang sama ... selamat ulang tahun kelahiran yang ke2x
Ah! Terima kasih, terima kasih. Kalian yang bernama teman-teman buatkan seorang aku benar-benar terharu. Terima kasih.
Adinda dari Jepun, anak usrah ketika aku di sana bersembang lama juga dalam telefon. Kebetulan dia dari daerah Ibaraki, sama seperti daerah aku bermukim selama lima musim di sana, jadi tentu sahaja bicaranya banyak sekali persamaan. Sedikit, terubat rindu dengan daerah yang mematang dan mendewasakan seorang aku.
Terima kasih adinda Jepun! Juga, dia menyampaikan salam-salam kelahiran dari teman-teman di sana, minna san, domo arigatou!
Dan, menjejak ke pagi tadi dan tengahari, satu, dua esemes dan panggilan telefon dengan hajat yang sama, layangan ucapan kelahiran. Terima kasih teman!
Wardah Ain Salsabila
Akhirnya karya sulung aku yang berupa sebuah cerpen dakwah tersiar juga. Terima kasih untuk Kumpulan Karangkraf yang memberi tempat untuk Wardah Ain Salsabila.
Ibarat pasangan dengan kelahiran anak sulung, tentu sahaja ia membangkitkan ghairah untuk anak kedua, ketiga, dan seribu. Lalu, aku dan dunia penulisan juga tidak banyak beza. Dan, Wardah Ain Salsabila; sebuah cerpen yang menjadikan reverse-polygamy sebagai mauduk bicara adalah bayi sulung untuk aku, addeen bandarsepi.
Dan, Wardah Ain Salsabila itu hanya ada dalam majalah I [ bukan I-Remaja tau! Dua-duanya; majalah I, dan I-Remaja adalah keluaran Karangkraf, tetapi konsepnya terlalu jauh beza. I, ialah sebuah majalah agama, sedang I-Remaja untuk golongan remaja. Jadi, jangan salah beli ya! ] keluaran Karangkraf, dengan tajuk yang sedikit berubah, Kemelut dan nama pengarangnya pun lain, Wardah Ain Salsabila [ mungkin ia sebuah kesilapan teknikal, tak pa lah! ]
ILHAM HAMDANI at 11.4.04